Sunday, August 23, 2009

"konsEp bLog"


blog "nukilan seorang insan" merupakan blog yang berkonsepkan islam dengan penghasilan penulisan ilmiah dari kaca mata penulis sendiri. "Nukilan" bererti petikan,karangan dll yang dihasilkan oleh seorang insan (penulis) yang baru betatih untuk sama-sama dengan penulis blog lain dalam mengeluarkan idea dan pandangan masing-masing supaya generasi masa kini berada dalam kelompok intelek.Blog ini juga bertemakan "dua hati fikrah bersama ihda" iaitu"dua hati" adalah hati penulis dengan kitab atau buku yang menjadi rujukan. Manakala "fikrah" iaitu pemikiran diantara dua hati dan "ihda" pula dalah petunjuk.Maksud yang boleh difahami dengan lebih jelas adalah percantuman pemikiran antara penulis dengan bahan rujukan lain yang menjadi petunjuk kepada penulis sendiri dan pembaca blog untuk memahami islam.

Thursday, August 13, 2009

cinta ini milik siapa?

Alangkah indahnya kejadian manusia yang diciptakan oleh pencipta yang agung iaitu Allah S.W.T dengan melahirkan rasa cinta di hati-hati manusia .Cinta ini merupakan fitrah bagi manusia samaada cinta manusia pada sang pencipta,cinta manusia pada manusia, cinta manusia pada alam dan cinta manusia pada makhluk lain di muka bumi Allah yang indah ini.Setiap manusia akan merasai nikmat yang dikurnikan oleh Allah dengan wujudnya rasa cinta di hati.Akan tetapi pada siapkan rasa cinta ini perlu diutamakan?

Cinta itu suci yang lahir dari hati yang suci dan murni. Sekiranya ianya diletakkan pada tempat yang selayaknya maka cinta ini tidak akan membinasakan manusia itu sendiri.Manusia akan merasai kenikmatan cinta yang hakiki sekiranya cinta itu diberikan pada yang mengwujudkan rasa cinta di hati manusia iaitu Allah S.W.T.Cinta padaNya,manusia tidak akan kecewa kerana Allah tidak pernah menggecewakan hambanya dan setiap janjinya adalah benar-benar belaka.Hanya cepat atau lambat sahaja seseorang itu akan memperolehinya dan setiap penantian memerlukan kesabaran yang jitu.

Sekiranya cinta padaNya menjadi dasar dan tunggak utama dalam mencari cinta, maka manusia tidak akan sesat dan binasa dalam merasai kenikmatan cinta.Cinta itu indah seindah penciptanya.Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W:" Allah itu indah dan cintakan keindahan".Untuk mengetahui cinta itu,manusia perlu merujuk kembali kepada yang menciptakan cinta dan Dialah yang maha mengetahui rahsia disebalik cinta tersebut.

Islam tidak melarang cinta antara manusia sesama manusia akan tetapi cinta itu mempunyai peraturan yang tersendiri dan perlu untuk manusia mematuhinya supaya manusia akan mendapat keindahan, keselamatan, ketenteraman dan kebahagian daripada cinta tersebut.Peraturan cinta ini datang bukan dari manusia yang bercinta tetapi dari pencipta cinta iaitu Allah S.W.T dengan cinta tersebut mestilah dibina atas dasar cintakan Allah.Cinta itu juga tidak melebihi cinta kepada Allah.Ini tidak bererti manusia tidak boleh mencintai yang lain malah Islam sendiri membenarkan seorang ayah mencintai anaknya,seorang lelaki mencintai perempuan dan sebaliknya.Akan tetapi cinta itu mestilah didasarkan kepada cinta kerana Allah dan berlandaskan hukum syarak yang telah ditetapkan.

Bagaimana manusia itu boleh mengetahui cinta tersebut didasarkan cinta kerana Allah S.W.T?.Sebenarnya, untuk mengetahui cinta itu benar kerana Allah adalah yang pertama dengan melihat dan merasai cinta tersebut membawa kepada ketaat kepada Allah ataupun tidak.Cinta tersebut juga tidak melebihi cinta Allah.Yang keduanya pula adalah cinta itu tidak melanggar batas-batas syarak.Sekiranya kedua-dua ini wujud dalam sebuah percintaan, maka ianya adalah cinta yang suci dan murni.

Justeru, ketahuilah bahawa cinta ini milik Allah yang hakiki.Sebagai manusia dan hamba Allah yang lemah, kita mesti mendahulukan cinta itu untukNya supaya kehidupan kita diberkati dan kebahagian itu kita peroleh di dunia dan sekaligus di akhirat.Cintailah sesiapa pun yang ingin kita cintai asalkan cinta itu membawa kita untuk lebih dekat padaNya dan tidak melanggar hukum-hukum syarak.

Pergi tak kembali

lirik lagu yang membawa 1001 kenangan.

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Tarikh bersejarah" 13 ogos 2009", kedengaran berita pemergian seorang insan yang sangat dikenali oleh seluruh masyarakat di malaysia khususnya. suatu berita yang sudah pasti mencuit hati-hati insan yang merasakan kehilangan beliau yang banyak memperjuangkan islam melalui dunia hiburan.pemergiannya mendatangkan seribu satu rasa yang tidak tergambar pada wajah-wajah insan yang merasai pemergiannya.

Sudah pasti kehilangan ini dirasai oleh setiap penjiwa-penjiwa seni islam yang sama-sama memperjuangkan islam diarena hiburan kita pada ketika ini. Adakah kita juga turut merasai sedemikian?tepuk dada tanya diri.

Sebut sahaja dunia hiburan, apa dia "dunia hiburan"?
satu arus yang sangat mencabar dan memerlukan ketabahan serta kesabaran yang jitu.hanya pada mereka yang berjiwa kental sahaja yang berani menjejakkan kaki kesitu.

Akan tetapi disinilah beliau melangkah dan menjadikan ia sebagai satu medan untuk menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada seluruh masyarakat.penyampaian mesej dakwah yang baik telah mendapat tempat dihati masyarakat terutamanya golongan remaja kita pada hari ini.buktinya beliau dan sahabat-sahabat seperjuangannya berjaya mendapat pelbagai anugerah sepanjang penglibatan mereka dalam dunia hiburan ini.
Mungkin susah untuk kita mencari penggantinya.

siapakah insan yang dimaksudkan??
satu nama "ust asri (rabbani)"

"al-Fatihah" buat allahyarham ust asri yang telah pergi meninggalkan kita.semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga perjuangannya selama ini mendapat ganjaran di akhirat sana.amin.


Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Di mana Islam di hati kita

Sejak di alam roh lagi manusia sudah berjanji untuk beriman dengan Allah azawajalla dan mengaku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Hatta sekali pun seseorang itu dilahirkan dari kalangan keluarga bukan Islam tetapi itulah hakikatnya janji kita kepadaNya sejak di alam roh lagi. Adakah kita sedar akan janji kita kepada sang pencipta yang agung ini. Kita sering alpa dan mungkir janji dengan apa yang telah dijanjikan.

Sebagai seorang yang dikurniakan nikmat Islam dan iman sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih kerana dilahirkan dalam keadaan keluarga yang beragama Islam. Sudah pasti kita akan menjalankan tanggungjawab dan janji kita kepadaNya agar beriman serta bertaqwa kepadaNya. Dengan melihat diri kita sendiri sudah cukup untuk kita menyakini bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan yang Maha Esa kerana sesungguhnya kejadian kita adalah sebaik-baik kejadian dan agama Islam adalah agama yang sempurna.

Akan tetapi apa yang berlaku sekarang, kita lupa pada janji-janji kita. Islam hanya pada nama sahaja.Ajaran agama Islam tidak lagi diamalkan. Kononnya Islam tidak lagi sesuai digunakan pada zaman global ini. Kita lebih mementingkan duniawi tanpa mengindahkan ukhrawi. Malah kita sesuka hati berpendapat dan sentiasa memandang hari akhirat sebagai sesuatu yang remeh. Satu perkara yang boleh diketepikan dan hanya diberi perhatian pada waktu tua nanti.

Kita sering berfikir dan beranggapan bahawa waktu tua adalah waktu yang sesuai untuk kita melaksanakan ajaran Islam. Padahal kita tidak mengetahui samaada kita masih wujud atau tidak.Adakah dunia menginginkan kita atau kita tidak lagi menginginkan dunia. Sesungguhnya manusia akan mati. Tidak ada seorang pun manusia yang lahir ke dunia ini sejak zaman Nabi Adam lagi hingga ke hari ini dapat kekal hidup. Keadaan ini jelas apabila kita perhatikan Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi maut.” (Surah Ali Imran: Ayat 185).

Sedarlah akan hakikat ini wahai sahabat bahawa kita tidak akan hidup kekal di dunia kerana dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Ketahuilah bahawa satu perbuatan yang amat merugikan jika kita hidup dengan melakukan sesuatu perkara yang dilarang dan meninggalkan semua perkara yang disuruh oleh Allah S.W.T. Sepatutnya ajaran Islam kukuh di hati kita. Barulah kita akan merasai kebahagian dan nikmat Islam itu sendiri.

Sekiranya kita sedar akan hakikat kejadian kita dan tujuan kita dijadikan, kita tidak akan alpa seperti mana yang berlaku pada zaman ini. Bukan hanya kita beragama Islam hanya taklid semata-mata tetapi mengamalkan ajaran atau syariat Islam dengan sebenar-benarnya kerana Islam merupakan agama yang sempurna dan sesuai untuk sepanjang zaman.

Sesungguhnya, hati manusia ini sebenarnya lembut dan memerlukan kepada ketenangan. Tidak ada cara yang paling berkesan untuk mendapatkan ketenangan hati serta mencapai keluhuran hidup di dunia yang singkat ini melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan mengamalkan ajaran Islam. Hal ini jelas dinyatakan Allah dalam FirmanNya yang bermaksud:“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.” (Surah Az-Zarriyat: Ayat 56)

Wahai sahabat, ketahuilah bahawa untuk menjadi hamba Allah yang sejati, kita perlu meletakkan Islam di hati kita supaya segala tindak tanduk hidup kita adalah semata-mata kerana Allah.S.W.T serta untuk menjadikan hidup kita tidak sia-sia di dunia ini. Kajilah apakah motif utama kita dijadikan di muka bumi yang indah ini. Di mana kedudukan kita disisi sang penciptanya.


Oleh yang demikian, beruntunglah kita dilahirkan sebagai seorang Islam.Keindahan ajaran agama Islam sekiranya kita hayati kedasar hati dan sanubari yang mendalam, insya Allah kita akan memperoleh kenikmatan yang abadi dan semoga kehidupan kita berada di bawah dakapan ilahi.

Tuesday, August 11, 2009

Cetusan Inspirasi

salam ukhwah..salam perjuangan..salam kasih sayang buat semua dengan tulus ikhlas dari ku "pencoret" blog NUKILAN SEORANG INSAN.

Pertama dan selama-lamanya ku rafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada sang pencipta alam dan seluruh isi kandungannya di atas ilham yang tidak terhingga dalam mencoretkan lakaran minda untuk ku suarakan rahsia hati di alam maya yang serba global ini. Kesyukuran jua dipanjatkan kehadratNya kerana telah memberikan ku kekuatan untuk memulakan langkah dalam menggapai matlamat dan misi yang hanya padaNya sahaja tersimpan segalanya.

kasih dan sayang buat ayahanda dan bonda yang menjadi pengguat semangat dalam melayari bakhtera kehidupan ini sekaligus terkait dalam penghasilan blog yang serba ringkas serta sekalung ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga anakanda ucapkan di atas segalanya.

Penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih juga buat Dr.Zulkiple b. Abd Ghani selaku pensyarah yang telah mencetuskan evolusi dalam penghasilan blog ini dengan memperkenalkannya agar dunia maya ini lebih dekat dan menjadi medium untuk meneruskan perjuangan Nabi kita Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan ajaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Ucapan syukran jazilan jua buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dan menyokong dalam penghasilan blog ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga segala bantuan ikhlas yang dihulurkan oleh kalian akan mendapat ganjaran yang setimpal dariNya.

Akhir kalam dan penutup bicara diambil kata-kata daripada Abdullah bin 'Amr r.a, sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda :"sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada kesempitan dan dosa".(hadith riwayat al-Bukhari)

sekian, "surru 'ala barakatillah"
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh