Friday, December 25, 2009

jom sume...JOM PE YE????

J0M pose sunat laaa..pe ag..jom laa kita pose ramai2 pada hari sabtu -26/12 dan ahad -27/12 nie coz hari ahad nie hari 'Asyura..x ley pose hari ahad semata2..ne la hari 2 berteman..macam kita nak ada temankan..sebab pe ye???haaaaaaaa..ade ceritanya..

al-kisah..

Daripada Ibnu Abbas RA katanya : “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Rasulullah SAW menjawab : “Sekiranya pada tahun hadapan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibnu Abbas berkata : “Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (HR Muslim) Antara tujuan puasa digndingkn 2 hari itu krn utk bezakan amalan kaum Yahudi yang hanya bpuasa pada 10 Muharram shj

and pose sunat hari 'Asyura

Hadis: Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab : “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (HR Imam al-Tirmizi).

selamat berpose sunat..semoga kita beroleh manfaat dan hati kita akan sentiasa berasa dekat denganNYA (Allah s.w.t)..amin

Wednesday, October 21, 2009

*buat sahabat*

"salam imtihan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan"

"ya Allah, prmudahkan shbt2 yg ku kasihi ini mnduduki imtihan duniaMu..jdknlah debaran dijiwa mereka dsbbkn risau jk gagal melamar redhaMu..dngarilh rintihn mrk yg sgp brsusah demi ilmuMu..trimalah air mata mrk sbg pnyejuk kemurkaanMu..belailah jiwa mrk dsaat mrk trkulai lemah agr trhindar mrk dr mgharap slain drMu..wahai Allah yg maha pengasih, ku rela cagarkn satu2nya simpulan ukhwah nan rapuh ini andai ia mampu mnjadi mahar agar shbt2ku ini layak mndapat” perhatianMu..kerana ku tahu tiada yg lbh membahagiakannya melainkan kejayaan di “jeti” persinggahan ini untuk dibawa pulang ke kampung akhirat kelak..amin.."

semoga jalan yang kita lalui untuk mendapat ilmuNya dipermudahkan dan segala usaha kita membuahkan hasil baik di dunia mahupun di akhirat...

sekiranya ada terlanjur kata, tersalah laku mohon ribuan kemaafan dan halalkan segalanya yang terambil,termakan or apa2 sahaja tanpa izin.

wasalam...

Monday, October 19, 2009

"akhlak adalah pemangkin perubahan"

salam buat sahabat-sahabat sekalian..coretan kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat bagaimana akhlak mampu menjadi pemangkin kepada perubahan sesebuah negara islam.


Sebenarnya aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah dititik berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan" bahawa krisis yang dihadapi oleh dunia sekarang adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.

Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan sesebuah negara islam walaupun di saat- saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.

justeru itu, dapatlah saya nyatakan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya.


semoga coretan yang ringkas ini memberi manfaat kepada kita untuk melihat kembali faktor yang menyebabkan kejatuhan islam dan membina semula kegemilangan sesebuah negara islam pada hari ini.

"menyingkap pandangan ketokohan sarjana islam"

mengenali seorang insan yang tersohor dengan ilmunya melalui petikan:-

"
siapakah yang akan dikebumikan di tempat yang mulia ini yang begitu dekat dengan masjid rasulullah??lalu mereka menjawab "orang itu adalah Muhammad al-Ghazali."

pastinya insan ini sering menjadi sebutan oleh ahli ilmuan dan golongan intelek kerana keilmuanya yang begitu banyak sehingga dinobatkan sebagai salah seorang dari tokoh sarjana islam yang paling berpengaruh pada abad ini.

ingin dikongsi bersama sahabt-sahabat di sini, sebenarnya beliau merupakan seorang pemikir dakwah dan pembela islam.

beliau juga ada menyebut bahawa kemajuan umat islam adalah kembali semula kepada al-Quran dengan memperbaiki segala urusan berpandukannya. Antara faktor kemuduran umat islam yang dinyatakan oleh beliau adalah:

  1. kerosakan agama disebabkan terlalu mengikut ajaran-ajaran tasauf dan pendapat mereka yang bersifat anti kehidupan telah tersebar luas.
  2. pengkhianatan terang-terangan terhadap kebanyakkan nas dan prinsip-prinsip islam pada masa kini
  3. kemerosotan nilai kemanusiaan bagi individu-individu disebabkan oleh pemerintahan politik diktator yang terlalu lama
  4. kemalapan tenaga akal atau mental menyababkan perkara khurafat menguasai kehidupan orang awam.

oleh itu, saya ingin mengajak para sahabat melihat kembali di antara berapa-berapa faktor yang disebutkan menjadi penyebab kemunduran islam pada zaman ini yang mana kadang kala kita terlupa bahawasanya islam pada zaman ini hanya taklid semata-mata. ajaran agama hanya di amalkan apabila seseorang itu sudah menghampiri mati barulah mereka ini mengamalkan ajaran agama islam.persolan disini, bagaimana kita ingin mengembalikan kegemilangan islam yang sudah sekian lama terkubur pada zaman ini????

akhir kalam, sirru 'ala barakatillah..

~politik oh politik~

isu yang sering dibahaskan oleh masyarakat kita pada hari ini..pelbagai ragam dan gelagat masyarakat yang dapat kita lihat apabila membincangkan isu yang berkaitan dengan politik negara.

sudah pastinya kita tidak dapat lari dari mendengar atau berbincang tentang politik negara kerana disetiap negara mempunyai politiknya tersendiri.cuma dari sudut pelaksanaan, organisasi, kehebatan sesuatu politik yang membezakan diantara politik-politik sesebuah negara.

di dalam sesebuah negara, politik memainkan peranan penting dalam kemajuan negara tersebut.untuk melihat negara itu maju, perlulah kepada kekuatan yang jitu dalam organisasi politik.

apa yang ingin diperkatakan oleh penulis di sini adalah masyarakat islam perlu bersatu untuk sama-sama membangunkan negara ini, bukan dengan menunjukkan siapakah yang paling hebat dalam dunia politik sekarang.apabila keputusan dibuat, perlulah melihat kepada generasi akan datang, bukan untuk kepentingan pada masa itu sahaja.masyarakat juga perlu membuka minda mereka dengan memilih pemimpin yang sepatutnya menjadi seorang pemimpin yang membawa kepada kemajuan sebuah negara islam bukan terlalu ta'asub dengan parti-parti yang disukainya.

apabila masyarakat terlalu ta'asub dan berbalah antara satu sama lain, penyelesaian yang ingin dibuat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada sesebuah negara,tidak akan mendapat keputusan yang tepat.Hal ini akan membawa impak kepada generasi akan datang.

oleh yang demikian, politik yang terbaik untuk kita contohi adalah politik di zaman Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan syiar islam dan mengangkat negara sebagai negara yang cemerlang dan bertamadun.

wasalam..

kuasa ekonomi di tangan siapa??

menjadi persoalan kepada kita semua apabila melihat kepada arus pembangunan ekonomi di luar sana..pelbagai persoalan yang ditumbulkan antaranya adalah siapakah yang menguasai ekonomi pada hari ini??

apabila dilihat pada mata kasarnya, pada hari ini ekonomi kita telah dimonopoli oleh masyarakat bukan islam..pelbagai agenda jual beli telah dijalankan tanpa kita sedari untuk mereka menguasai ekonomi secara menyeluruh.

mengapakan perkara ini boleh berlaku???sedangkan kita sering mengwarwarkan bahawa negara kita adalah sebuah negara islam..padahal ekonomi kita telah atau hampir dikuasai oleh orang bukan islam.

marilah kita melihat kembali bagaimana sikap masyarakat kita menjalankan perniagaan..sudah pastinya apabila kita menceburi dunia perniagaan persaingan pasti berlaku. Di sinilah yang menjadi permasalahan kepada masyarakat melayu pada hari ini. sifat dengki mendengki menjadikan ekonomi masyarakat islam pada hari ini semakin meruncing.

pantang melihat jiran sebelah, depan atau belakang maju sedikit dari kedainya.,ada sahaja agenda pemusnah yang dihadiahkan kepada jirannya itu..mulalah kita melihat ada yang gulung kitar disebabkan sifat dengki yang bersarang di dalam hati masyarakat kita pada hari ini.

mengapa kita tidak melihat bagaimana orang bukan islam berniaga..di sini bukan untuk membanggakan mereka sama sekali tidak untuk menyokong mereka akan tetapi contoh yang membawa kebaikan boleh sahaja kita ambil dan manfaatkan asalkan tidak melanggar syariat islam.

apabila mereka berniaga, mereka akan saling bantu membantu,sebagai contoh apabila kehabisan stok atau barang yang ingin dibeli oleh pelanggannya, mereka akan menyuruh pelanggan tersebut untuk membeli di kedai jiran yang sebangsa dengannya.

masyarakt juga sepatutnya memainkan peranan untuk sama-sama membantu memajukan perniagaan masyarakat islam dengan membeli barangan yang dijual oleh mereka.

justeru, sama-samalah kita memuhasabah diri kita sendiri bagaimana kita ingin mengubah keadaan yang berlaku dalam masyarakat kita yang boleh menyebabkan ekonomi islam semakin kritikal.

"siapakan M0DEL yang terbaik kepada kepimpinan Mahasiswa"

Bila kaki sudah mencecah ke puncak menara gading,,sudah pastinya kita tidak boleh lari dari diletakkan menjadi pemimpin oleh masyarakat dan gelaran mahasiswa akan dibawa kemana sahaja kita pergi..pada hari ini, apabila kita melihat kepimpinan mahasiawa di mana -mana sahaja institusi pengajian tinggi baik kerajaan atau pun swasta, masing-masing menunjukkan kepimpinan yang pelbagai dari segi corak pelaksanan, misi dan visi dalam melaksanakan amanah yang dipikul.

untuk menjadi pemimpin yang terbaik dari kalangan mahasiswa sendiri,,perlu kepada role model yang menjadi tunjang untuk melaksanakan kepimpinan dengan bersistemetik.

di sini, apabila kita melihat bahawa keunggulan Rasulullah sebagai pemimpin terulung merupakan satu fakta yang tak dapat disanggah. Ini dapat dibuktikan dari lipatan sejarah, akan kejayaan baginda mengubah anutan masyarakat jahiliyyah kepada keimanan dan ketauhidan kepada Allah.

ini bermakna Rasulullah memiliki ciri-ciri pemimpin yang sejati dan baginda (dengan bantuan Allah) telah memimpin ummat Islam menuju kecemerlangan di samping membekalkan sahabat-sahabat baginda dengan bekalan-bekalan yang penting untuk menyambung tugas baginda. Firman Allah :

Maksudnya : Bahawa Rasulullah itu adalah contoh tauladan yang terbaik untuk kamu teladani.

ketokohan Rasulullah juga diakui oleh semua pihak dan seorang orientalis barat telah menyenaraikan baginda pada senarai yang pertama di dalam bukunya “ 100 MOST INFLUNCEMAN IN HISTORY” sedangkan tokoh-tokoh utama lain seperti Nabi Isa sendiri disenaraikan di tempat ke tiga. Kenyataan ini telah mengejutkan banyak pihak kerana sepatutnya pengarang mestilah bersifat diskriminasi terhadap Islam.

Di samping itu kita juga boleh mencontohi sahabat-sahabat Rasulullah seperti Khulafa’ Arrasyidin. Mengapa tidak kita mencontohi ketegasan Abu Bakar As Siddiq memerangi golongan murtad yang enggan mengeluarkan zakat dalam misi “Harbu Riddah”. Begitu juga keadilan Umar Al Khattab dalam empayar Islam. Tidak ketinggalan Saidina Usman dan Saidina Ali yang mempunyai kehebatan tersendiri yang sewajarnya kita mencontohi mereka semua.


oleh itu, dapatlah saya nyatakan kepada para sahabat bahawa kepimpinan Rasulullah juga dikagumi oleh orang bukan islam sendiri. Ini bermakna kepimpinannya merupakan kepimpinan yang terbaik untuk kita contohi dan juga kepimpinan para sahabat baginda.

saya mengajak para sahabat untuk kita sama-sama mengkaji dan melaksanakan kepimpinan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya supaya kepimpinan mahasiswa terutamanya mampu menjadi contoh kepada masyarakat diluar sana.

Sunday, October 18, 2009

"didikan terbaik untuk anak-anak"

Bagaiamana cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak??persoalan ini sering diajukan oleh pasangan yang telah memasuki alam rumah tangga dan memiliki cahaya mata.

kaedah yang terbaik untuk mendidik anak-anak adalah mengikut kaedah Rasulullah s.a.w.
yang mana ia merupakan cara yang paling berkesan kepada ibubapa untuk melahirkan generasi yang soleh dan solehah.

antara kaedah asas yang harus dipegang oleh kedua ibubapa adalah:-
  • ibubapa perlu menjadi tauladan yang baik untuk dijadikan contoh oleh anak-anaknya
  • mencari waktu yang tepat dan bersesuaian untuk memberikan bimbingan agar nasihat yang diberikan dapat diterima dan diikuti oleh anak-anak seperti waktu beriadah,waktu anak-anak sedang sakit dan sebagainya.
  • bersikap adil dan saksama terhadap anak-anak
  • memenuhi hak anak-anak dengan menanamkan di dalam jiwanya perasaan positif untuk menjalankan kehidupan yang baik agar anak-anak dapat memahami bahawa hidup ini adalah menerima dan memberi.
  • mendoakan anak-anak dan memberi tahu mereka bahawa ibubapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya

terdapat pelbagai lagi kaedah yang terbaik untuk melahirkan generasi yang soleh dan solehah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Yang disebutkan diatas adalah diantara kaedah-kaedah tersebut.

justeru, ibubapa perlulah mendidik anak-anak dari dalam kandungan lagi supaya anak-anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang baik dan taat kepada Allah, Rasul, ibubapa dan berguna kepada masyarakat.

Saturday, October 17, 2009

"rambut wanita??satu isu.."

wanita oh wanita..................

ketahuilah bahawa...........

telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan pada setiap masa, semua golongan fuqaha, ulama,ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka dihadapan orang yang bukan muhrimnya.

adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayatAl-Qur'an: "Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..." (Q.s. An-Nuur: 31).

Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang bagi wanita mukmin untuk memperlihatkan perhiasannya.kecuali yang lahir (biasa dilihat). Di antara para ulama,baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan ulama-ulama yang berpandangan luas sekali pun. hal itu digolongkan perhiasan yang tidak dilihat.

untuk mu wanita, kecantikan seseorang wanita itu terserlah apabila mereka menutup rambutnya dengan memakai tudung dan menutup anggota auratnya yang lain.

Hiasilah dirimu (wanita) dengan memelihara auratmu..

akhir kalam, sirru 'ala barakatillah..wasalam

Sunday, September 6, 2009

“KALAULAH”??

Dalam kehidupan yang penuh mehnah ini, kita sering diuji oleh Allah s.w.t untuk mengukur sejauhmana tahap keimanan kita padaNya. Apabila ujian itu datang pada kita, pelbagai perasaan menyelubungi diri sehingga menjadikan kita lemah, putus harapan atau merasa kecewa dengan ujian yang Allah berikan.Padahal, ujian yang diberikan sebenarnya dapat membawa kita lebih dekat padaNya sekiranya kita memahami apa yang didatangkan pada kita itu adalah suatu anugerah. Malahan kita patut bersyukur dengan ujian yang diberikan agar kita dapat mendekatkan diri kita padaNya dan dapat kita memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik untuk berada dibawah dakapanNya dan teduhanNya sentiasa.

Akan tetapi tanpa kita sedari, kita sering menyalahkan takdir dengan menyatakan “KALAULAH aku tahu perkara ini boleh terjadi sebegini, sudah tentu aku tidak akan melakukannya” dan sebagainya dengan menyatakan “KALAULAH”. Sudah pastinya kalimah ini membuktikan dengan datangnya ujian dariNya(Allah s.w.t) menyebabkan kita berada dalam kesusahan.Kita seolah-olah menyalahkan tadkirNya.

Mengapa kita ini sering mengungkapkan perkataan “KALAULAH” apabila datangnya sesuatu ujian?? Adakah kita kecewa dengan ujian yang diberikan pada kita?? Sekiranya tiada ujian yang Allah berikan pada kita, bagaimana kita ingat mengetahui sejauhmana keimanan kita padaNya.
Sedangkan perkataan “KALAULAH” adalah membuka laluan yang luas untuk syaitan menjalankan tugasNya. Adakah itu yang kita mahukan?

Di dunia ini, kita telah dianugerahkan pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya sehingga kita lupa dari mana datangnya nikmat tersebut. Dengan kenikmatan itu juga kita sering tersasar dari landasan agama dengan mengejar amanah saham dunia dari kita mengejar amanah saham akhirat. Hanya sedikit sahaja ujian yang Allah berikan untuk kita kembali semula padaNya sekiranya kita tersasar dari landasanNya tapi mengapa kita tidak bersyukur dengan ujian yang Allah berikan pada kita untuk membawa kita lebih dekat padaNya.

Ingin dipetik dari hadith sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:

“Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (du dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah , yakni putus harapan, atau merasa hampa.Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata “KALAULAH aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu”; akan tetapi katakanlah “Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya”. Sesungguhnya perkataan “KALAULAH” hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.( Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (Terj), Jilid 1,ms 147).

Justeru, wahai sahabat sekalian, fikirkanlah kembali dan muhasabah semula diri kita. Dimana kita berada pada saat ini. Adakah kita sentiasa bersyukur dengan ujian dariNya atau sebaliknya.

Semoga coretan ini memberi kesedaran kepada kita semua.

~sirru ‘ala barakatillah~

Sunday, August 23, 2009

"konsEp bLog"


blog "nukilan seorang insan" merupakan blog yang berkonsepkan islam dengan penghasilan penulisan ilmiah dari kaca mata penulis sendiri. "Nukilan" bererti petikan,karangan dll yang dihasilkan oleh seorang insan (penulis) yang baru betatih untuk sama-sama dengan penulis blog lain dalam mengeluarkan idea dan pandangan masing-masing supaya generasi masa kini berada dalam kelompok intelek.Blog ini juga bertemakan "dua hati fikrah bersama ihda" iaitu"dua hati" adalah hati penulis dengan kitab atau buku yang menjadi rujukan. Manakala "fikrah" iaitu pemikiran diantara dua hati dan "ihda" pula dalah petunjuk.Maksud yang boleh difahami dengan lebih jelas adalah percantuman pemikiran antara penulis dengan bahan rujukan lain yang menjadi petunjuk kepada penulis sendiri dan pembaca blog untuk memahami islam.

Thursday, August 13, 2009

cinta ini milik siapa?

Alangkah indahnya kejadian manusia yang diciptakan oleh pencipta yang agung iaitu Allah S.W.T dengan melahirkan rasa cinta di hati-hati manusia .Cinta ini merupakan fitrah bagi manusia samaada cinta manusia pada sang pencipta,cinta manusia pada manusia, cinta manusia pada alam dan cinta manusia pada makhluk lain di muka bumi Allah yang indah ini.Setiap manusia akan merasai nikmat yang dikurnikan oleh Allah dengan wujudnya rasa cinta di hati.Akan tetapi pada siapkan rasa cinta ini perlu diutamakan?

Cinta itu suci yang lahir dari hati yang suci dan murni. Sekiranya ianya diletakkan pada tempat yang selayaknya maka cinta ini tidak akan membinasakan manusia itu sendiri.Manusia akan merasai kenikmatan cinta yang hakiki sekiranya cinta itu diberikan pada yang mengwujudkan rasa cinta di hati manusia iaitu Allah S.W.T.Cinta padaNya,manusia tidak akan kecewa kerana Allah tidak pernah menggecewakan hambanya dan setiap janjinya adalah benar-benar belaka.Hanya cepat atau lambat sahaja seseorang itu akan memperolehinya dan setiap penantian memerlukan kesabaran yang jitu.

Sekiranya cinta padaNya menjadi dasar dan tunggak utama dalam mencari cinta, maka manusia tidak akan sesat dan binasa dalam merasai kenikmatan cinta.Cinta itu indah seindah penciptanya.Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W:" Allah itu indah dan cintakan keindahan".Untuk mengetahui cinta itu,manusia perlu merujuk kembali kepada yang menciptakan cinta dan Dialah yang maha mengetahui rahsia disebalik cinta tersebut.

Islam tidak melarang cinta antara manusia sesama manusia akan tetapi cinta itu mempunyai peraturan yang tersendiri dan perlu untuk manusia mematuhinya supaya manusia akan mendapat keindahan, keselamatan, ketenteraman dan kebahagian daripada cinta tersebut.Peraturan cinta ini datang bukan dari manusia yang bercinta tetapi dari pencipta cinta iaitu Allah S.W.T dengan cinta tersebut mestilah dibina atas dasar cintakan Allah.Cinta itu juga tidak melebihi cinta kepada Allah.Ini tidak bererti manusia tidak boleh mencintai yang lain malah Islam sendiri membenarkan seorang ayah mencintai anaknya,seorang lelaki mencintai perempuan dan sebaliknya.Akan tetapi cinta itu mestilah didasarkan kepada cinta kerana Allah dan berlandaskan hukum syarak yang telah ditetapkan.

Bagaimana manusia itu boleh mengetahui cinta tersebut didasarkan cinta kerana Allah S.W.T?.Sebenarnya, untuk mengetahui cinta itu benar kerana Allah adalah yang pertama dengan melihat dan merasai cinta tersebut membawa kepada ketaat kepada Allah ataupun tidak.Cinta tersebut juga tidak melebihi cinta Allah.Yang keduanya pula adalah cinta itu tidak melanggar batas-batas syarak.Sekiranya kedua-dua ini wujud dalam sebuah percintaan, maka ianya adalah cinta yang suci dan murni.

Justeru, ketahuilah bahawa cinta ini milik Allah yang hakiki.Sebagai manusia dan hamba Allah yang lemah, kita mesti mendahulukan cinta itu untukNya supaya kehidupan kita diberkati dan kebahagian itu kita peroleh di dunia dan sekaligus di akhirat.Cintailah sesiapa pun yang ingin kita cintai asalkan cinta itu membawa kita untuk lebih dekat padaNya dan tidak melanggar hukum-hukum syarak.

Pergi tak kembali

lirik lagu yang membawa 1001 kenangan.

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Tarikh bersejarah" 13 ogos 2009", kedengaran berita pemergian seorang insan yang sangat dikenali oleh seluruh masyarakat di malaysia khususnya. suatu berita yang sudah pasti mencuit hati-hati insan yang merasakan kehilangan beliau yang banyak memperjuangkan islam melalui dunia hiburan.pemergiannya mendatangkan seribu satu rasa yang tidak tergambar pada wajah-wajah insan yang merasai pemergiannya.

Sudah pasti kehilangan ini dirasai oleh setiap penjiwa-penjiwa seni islam yang sama-sama memperjuangkan islam diarena hiburan kita pada ketika ini. Adakah kita juga turut merasai sedemikian?tepuk dada tanya diri.

Sebut sahaja dunia hiburan, apa dia "dunia hiburan"?
satu arus yang sangat mencabar dan memerlukan ketabahan serta kesabaran yang jitu.hanya pada mereka yang berjiwa kental sahaja yang berani menjejakkan kaki kesitu.

Akan tetapi disinilah beliau melangkah dan menjadikan ia sebagai satu medan untuk menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada seluruh masyarakat.penyampaian mesej dakwah yang baik telah mendapat tempat dihati masyarakat terutamanya golongan remaja kita pada hari ini.buktinya beliau dan sahabat-sahabat seperjuangannya berjaya mendapat pelbagai anugerah sepanjang penglibatan mereka dalam dunia hiburan ini.
Mungkin susah untuk kita mencari penggantinya.

siapakah insan yang dimaksudkan??
satu nama "ust asri (rabbani)"

"al-Fatihah" buat allahyarham ust asri yang telah pergi meninggalkan kita.semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga perjuangannya selama ini mendapat ganjaran di akhirat sana.amin.


Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Di mana Islam di hati kita

Sejak di alam roh lagi manusia sudah berjanji untuk beriman dengan Allah azawajalla dan mengaku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Hatta sekali pun seseorang itu dilahirkan dari kalangan keluarga bukan Islam tetapi itulah hakikatnya janji kita kepadaNya sejak di alam roh lagi. Adakah kita sedar akan janji kita kepada sang pencipta yang agung ini. Kita sering alpa dan mungkir janji dengan apa yang telah dijanjikan.

Sebagai seorang yang dikurniakan nikmat Islam dan iman sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih kerana dilahirkan dalam keadaan keluarga yang beragama Islam. Sudah pasti kita akan menjalankan tanggungjawab dan janji kita kepadaNya agar beriman serta bertaqwa kepadaNya. Dengan melihat diri kita sendiri sudah cukup untuk kita menyakini bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan yang Maha Esa kerana sesungguhnya kejadian kita adalah sebaik-baik kejadian dan agama Islam adalah agama yang sempurna.

Akan tetapi apa yang berlaku sekarang, kita lupa pada janji-janji kita. Islam hanya pada nama sahaja.Ajaran agama Islam tidak lagi diamalkan. Kononnya Islam tidak lagi sesuai digunakan pada zaman global ini. Kita lebih mementingkan duniawi tanpa mengindahkan ukhrawi. Malah kita sesuka hati berpendapat dan sentiasa memandang hari akhirat sebagai sesuatu yang remeh. Satu perkara yang boleh diketepikan dan hanya diberi perhatian pada waktu tua nanti.

Kita sering berfikir dan beranggapan bahawa waktu tua adalah waktu yang sesuai untuk kita melaksanakan ajaran Islam. Padahal kita tidak mengetahui samaada kita masih wujud atau tidak.Adakah dunia menginginkan kita atau kita tidak lagi menginginkan dunia. Sesungguhnya manusia akan mati. Tidak ada seorang pun manusia yang lahir ke dunia ini sejak zaman Nabi Adam lagi hingga ke hari ini dapat kekal hidup. Keadaan ini jelas apabila kita perhatikan Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi maut.” (Surah Ali Imran: Ayat 185).

Sedarlah akan hakikat ini wahai sahabat bahawa kita tidak akan hidup kekal di dunia kerana dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Ketahuilah bahawa satu perbuatan yang amat merugikan jika kita hidup dengan melakukan sesuatu perkara yang dilarang dan meninggalkan semua perkara yang disuruh oleh Allah S.W.T. Sepatutnya ajaran Islam kukuh di hati kita. Barulah kita akan merasai kebahagian dan nikmat Islam itu sendiri.

Sekiranya kita sedar akan hakikat kejadian kita dan tujuan kita dijadikan, kita tidak akan alpa seperti mana yang berlaku pada zaman ini. Bukan hanya kita beragama Islam hanya taklid semata-mata tetapi mengamalkan ajaran atau syariat Islam dengan sebenar-benarnya kerana Islam merupakan agama yang sempurna dan sesuai untuk sepanjang zaman.

Sesungguhnya, hati manusia ini sebenarnya lembut dan memerlukan kepada ketenangan. Tidak ada cara yang paling berkesan untuk mendapatkan ketenangan hati serta mencapai keluhuran hidup di dunia yang singkat ini melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan mengamalkan ajaran Islam. Hal ini jelas dinyatakan Allah dalam FirmanNya yang bermaksud:“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.” (Surah Az-Zarriyat: Ayat 56)

Wahai sahabat, ketahuilah bahawa untuk menjadi hamba Allah yang sejati, kita perlu meletakkan Islam di hati kita supaya segala tindak tanduk hidup kita adalah semata-mata kerana Allah.S.W.T serta untuk menjadikan hidup kita tidak sia-sia di dunia ini. Kajilah apakah motif utama kita dijadikan di muka bumi yang indah ini. Di mana kedudukan kita disisi sang penciptanya.


Oleh yang demikian, beruntunglah kita dilahirkan sebagai seorang Islam.Keindahan ajaran agama Islam sekiranya kita hayati kedasar hati dan sanubari yang mendalam, insya Allah kita akan memperoleh kenikmatan yang abadi dan semoga kehidupan kita berada di bawah dakapan ilahi.

Tuesday, August 11, 2009

Cetusan Inspirasi

salam ukhwah..salam perjuangan..salam kasih sayang buat semua dengan tulus ikhlas dari ku "pencoret" blog NUKILAN SEORANG INSAN.

Pertama dan selama-lamanya ku rafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada sang pencipta alam dan seluruh isi kandungannya di atas ilham yang tidak terhingga dalam mencoretkan lakaran minda untuk ku suarakan rahsia hati di alam maya yang serba global ini. Kesyukuran jua dipanjatkan kehadratNya kerana telah memberikan ku kekuatan untuk memulakan langkah dalam menggapai matlamat dan misi yang hanya padaNya sahaja tersimpan segalanya.

kasih dan sayang buat ayahanda dan bonda yang menjadi pengguat semangat dalam melayari bakhtera kehidupan ini sekaligus terkait dalam penghasilan blog yang serba ringkas serta sekalung ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga anakanda ucapkan di atas segalanya.

Penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih juga buat Dr.Zulkiple b. Abd Ghani selaku pensyarah yang telah mencetuskan evolusi dalam penghasilan blog ini dengan memperkenalkannya agar dunia maya ini lebih dekat dan menjadi medium untuk meneruskan perjuangan Nabi kita Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan ajaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Ucapan syukran jazilan jua buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dan menyokong dalam penghasilan blog ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga segala bantuan ikhlas yang dihulurkan oleh kalian akan mendapat ganjaran yang setimpal dariNya.

Akhir kalam dan penutup bicara diambil kata-kata daripada Abdullah bin 'Amr r.a, sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda :"sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada kesempitan dan dosa".(hadith riwayat al-Bukhari)

sekian, "surru 'ala barakatillah"
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh